Pemeriksaan ibu mengandung di PPUKM, Cheras


Ni pengalaman aku ke hospital tersebut... 1st time tu terkial² jugak la. Dah la silap masuk, jauh plak nak kena berjalan. Padahal, Klinik O & G tu dekat jer. Masuk lobi utama, belok kiri dan terus. Sebelah kanan, nampak la signboard terpampang tulis O & G. (Macam mana aku leh belok kanan) takpe la sekurang²nya dapat la aku beli kuih... nampak ATM Maybank... cuci mata... dan bersiar² seorang diri dalam situ.. hihihi... Ni semua aku tulis utk korang² yang 1st time macam aku la. Tak nak la korang sesat macam aku. Mengah taw!

1. Semua ni lebih senang kalau ada surat rujukan. Terus ke Emergency O & G. Kalau dah dapat kad 'biru' a.k.a. buku kecik utk appointment letak jer dalam kotak lutsinar atas meja depan kaunter 3 tu.

2. Tunggu nama anda dipanggil (lepas letak kad tu, harap anda duduk dulu yer di atas kerusi yang telah disediakan, sebab takdenyer diorang nak layan.)

3. Setelah nama anda dipanggil, segeralah bangun dan pergilah ke Kaunter No.2... dan paling penting, jangan lupa bawak 'purse/wallet' yang berisi duit yer. Pendaftaran jer anda kena bayar RM20.00. Selepas diberikan slip pembayaran beserta kertas kuning dan putih, segeralah buat pemeriksaan tekanan darah, timbang berat dan ujian air kencing dekat kaunter paling hujung. Kat situ, 2 orang jururawat telah lama menunggu anda.

4. Ujian air kencing, anda dikehendaki masuk ke tandas yang telah disediakan. Kat situ, dah ada orang menunggu untuk menyuruh anda mengambil 'bekas urin' bersama penutupnya skali. Pastu, sila la ke tandas untuk mengumpul urin anda. (Aku nasihatkan, bawak lah tisu tandas sendiri. Sebab, dalam tandas tu takde disediakan tisu tersebut.)

5. Setelah selesai mengumpul urin anda, sila lah ke kaunter dimana ada org yang suruh anda mengambil 'bekas urin' itu tadi. Ujian akan dijalankan serta merta dengan menggunakan kertas litmus. Keputusan akan direkodkan di dalam kertas putih yang dibawa oleh anda tadi. Selepas itu tunggu no. giliran anda dipanggil. (disini, perlu diingatkan... no. giliran anda adalah sangat penting. Jangan sesekali terlupa ya!)

6. Bab nak menunggu bilik no.11 memang menguji kesabaran anda. Bilik no.11 adalah bilik scan dimana ultrasaound dijalankan oleh beberapa kakitangan hospital tersebut. Rasa² aku la, ada 4 scanner. So, anda kena menunggu agak lama di sini. Ini disebabkan orang sakit puan pun guna bilik ini. Maka, memang jenuh la menunggu :) harap bersabar ya puan².

7. Bila no. giliran anda dipanggil, sila lah masuk... (yang bestnya tu, cik somi pun buleh masuk skali. Yerlah kan, masing² excited nak tengok 'benih' yang tersemai itu... hihihihi...)

8. Lepas scan, dalam 15 minit gitu... semua maklumat direkodkan dan anda perlu keluar dan tunggu kat bilik No.3 plak. Time ni la nak jumpak doktor. Nak tanya apa² ke, nak mintak MC ke, semuanya buleh. (Dalam kes aku, aku terpaksa mintak MC coz, masa dah terlalu lewat utk aku masuk ke opis. Bos kata, mesti masuk opis sebelum kul 1. Kalau tak, terpaksalah E.L. huhuhu. Akibat dah takde cuti, aku terpaksa amik MC.) Kebanyakkan doc kat spital sini, baik² belaka. So, janganlah anda takut pulak yer...

9. Keluar je dari bilik No.3, segeralah ke kaunter pembayaran lagik yer... kena bayar lagik RM10.00. Pastu, ke kaunter 5 untuk ambil tarikh temujanji yang berikutnya. Pastu, boleh la balik dengan senang hati :)

10. Untuk kes baru, lepas dapat tarikh temujanji tu kan, anda dikehendaki ke Makmal 4... huhuhu, kena amik darah you!!! Kakitangan kat situ takde nyer nak senyum². Hahaha... serahkan lengan anda tu... sekejap je, diorang dah dapat darah anda (adela dalam 3 bekas. Masa diorang keluarkan jarum, jangan la plak tengok... kang ngeri kang... tapi, takde sakit pun. Jangan risau. Pakcik yang cucuk tu pun very expert lor... sehingga anda takkan sedar, prosedur amik darah, teramatlah cepat dan tak sakit).

dan................ boleh la anda balik dengan lengan berplaster :))
Continue >>>

Nak lentur buluh, biarlah dari rebungnya


Zaman sekarang ni, macam² hal berlaku. Ternyata, menjaga anak di zaman dahulu dan sekarang amatlah berbeza sekali. Lihatlah, budaya sosial sini-sana, kes pembuangan bayi dah bernanah dalam masyarakat kita. Apa nak jadi??

Sekarang ni, hiburan menjadi makanan kita. Anak-anak dari kecil dah disogok dengan pelbagai jenis hiburan, asas agama diketepikan. Contohnya, ibu-bapa sekarang mementingkan pendidikan sekular, pendidikan agama amnya dianak-tirikan. Alasannya, kasihankan anak disebabkan masa yang terlampau padat disiang hari.

Sudahlah bersekolah pagi, balik sekolah jer, petang nak ke sekolah agama, lepas ke sekolah agama dan lepas Maghrib hendak pergi mengaji pula. Malam, sudah tentu kena habiskan keje rumah yang cikgu bagi masa kat sekolah pagi...

Hish, ibu bapa dah risau tengok anak² mereka keletihan. Takut mata pelajaran penting dalam peperiksaan utama terabai pula. Begitulah ibu-bapa yang terlalu manjakan anak². Padahal, masa yang dihabiskan oleh anak² seharian adalah menimba ilmu dunia dan akhirat. Bukan melepak di depan TV, bermain games, keluar rumah sesuka-hati. Yang manakah patut ibu bapa risau? Anak seharian menimba ilmu atau membuat perkara yang tak berfaedah?
Continue >>>

Sanggup meredah kesesakan jalan raya??


Bila cakap pasal pengangkutan awam, semua orang tak berminat nak tahu. Sebabnya, diorang tak suka naik bas, tak suka naik LRT, Monorail, teksi dan seangkatan dengannya. Bagi mereka, naik pengangkutan awam adalah untuk orang yang berpendapatan rendah. Ye ke?? Hishhhh... salah tu!

Sejak negara kita merdeka, pelbagai usaha kerajaan memperbaiki mutu pengangkutan dilaksanakan termasuklah yang akan dilaksanakan seperti kapasiti KTM Komuter dan LRT akan ditingkatkan daripada 1.7 sehingga empat kali ganda, sebanyak 850 bas akan ditambah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan dan lebih 50 laluan baru akan diperkenalkan bagi menambah jaringan supaya sehaluan dengan pembangunan sistem pengangkutan berintegrasi.

Salah satunya, RapidKL diperkenalkan. Tetapi, masih tidak mendapat sambutan orang ramai. Pada saya lah kan, yang ramainya 'warga asing' menggunakan perkhidmatan ini. Saya pernah naik bas dari Klang ke Kuala Lumpur. Jejak kaki ke dalam bas, rasa macam berada kat negara orang. Hihihi... warga Nepal, Bangladesh & Indonesia memenuhi setiap tempat duduk. Cuma saya, dan 2 orang kawan saya jer orang tempatan atau mungkin, seorang lagi... drebar bas kut... atau ntah² drebar tu pun hanya pemegang taraf "Penduduk Tetap" sahaja. Rasa risau pun ada. Tapi, kena la buat² tak takut. Kena berani dan berfikiran positif. Baru la nampak kita berkeyakinan sikit. Orang nak kacau pun takut. Mungkin itu juga salah satu faktor orang kita tak nak naik bas. Terutamanya wanita.

Bagi kita, orang yang menaiki kenderaan sendiri nampak lebih stailo daripada orang yang menggunakan pengangkutan awam. Tapi, tahukah anda, negara maju seperti Jepun pun rakyatnya masih menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Mungkin juga taraf hidup di negara kita telah meningkat memungkinkan lebih ramai pengguna membeli kenderaan sendiri sehingga ada kalanya kesesakan lalu lintas ditolak tepi kerana semua perlu bergerak pantas demi merebut peluang yang terbuka bagi membolehkan mereka terus berdaya saing di pasaran.

Padahal, kos menaiki kenderaan sendiri lebih tinggi berbanding kos menaiki pengangkutan awam. Tetapi, ramai yang memilih begitu. Kadang² tidak dinafikan, ada keadaan mendesak untuk seseorang itu menaiki kenderaan sendiri. Maka tidak hairanlah, mereka sanggup menghadapi kesesakan lalulintas di jalan raya pula setiap hari. Rasanya dah jemu melihat keadaan jalan raya kita di waktu puncak. Bilalah rakyat kita akan mengubah tahap mentaliti mereka? dan sampai bilakah kerajaan mampu mempertingkatan tahap kecekapan pengangkutan awam di Malaysia?

Continue >>>

Ini adalah entry pertama saya.


Tajuk? belum dikemaskini... masih dalam peti bawah tanah. Mungkin ada pertanyaan, kenapa saya pilih ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ dengan hiasan 2 ekor kucing sebagai template?? Jawapannya senang, SAYA MEMANG SUKA KUCING... Tapi, saya tidak membela kucing di rumah selepas 23 tahun. Saya hanya mendapat mandat menulis. Heeee... apa kena mengena kucing² itu dengan saya?? Mungkin ia kaler biru... berbelang², berbintik².

It's all about life - Accepting each other (Semua pasal kehidupan - Saling menerima) adalah tema blog ini. Saya menulis dari pengalaman, kaca mata saya (upsss... saya bukan specky hokay!) buah fikiran dan apa yang perlu dilontarkan sahaja. Ia mungkin suka dibaca oleh pembaca dan mungkin ada yang membencinya. It's okay, pada saya... matlamat kita, memang banyak berbeza.
Continue >>>

Rakyat jelata

Laksamana

Laksamana

Penghulu bendahari

Penghulu bendahari

Shahbandar

Shahbandar

Temenggung

Temenggung
 

It's all about life ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Inspiração: Templates Ipietoon
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado)