Ni pengalaman aku ke hospital tersebut... 1st time tu terkial² jugak la. Dah la silap masuk, jauh plak nak kena berjalan. Padahal, Klinik O & G tu dekat jer. Masuk lobi utama, belok kiri dan terus. Sebelah kanan, nampak la signboard terpampang tulis O & G. (Macam mana aku leh belok kanan) takpe la sekurang²nya dapat la aku beli kuih... nampak ATM Maybank... cuci mata... dan bersiar² seorang diri dalam situ.. hihihi... Ni semua aku tulis utk korang² yang 1st time macam aku la. Tak nak la korang sesat macam aku. Mengah taw!
1. Semua ni lebih senang kalau ada surat rujukan. Terus ke Emergency O & G. Kalau dah dapat kad 'biru' a.k.a. buku kecik utk appointment letak jer dalam kotak lutsinar atas meja depan kaunter 3 tu.
2. Tunggu nama anda dipanggil (lepas letak kad tu, harap anda duduk dulu yer di atas kerusi yang telah disediakan, sebab takdenyer diorang nak layan.)3. Setelah nama anda dipanggil, segeralah bangun dan pergilah ke Kaunter No.2... dan paling penting, jangan lupa bawak 'purse/wallet' yang berisi duit yer. Pendaftaran jer anda kena bayar RM20.00. Selepas diberikan slip pembayaran beserta kertas kuning dan putih, segeralah buat pemeriksaan tekanan darah, timbang berat dan ujian air kencing dekat kaunter paling hujung. Kat situ, 2 orang jururawat telah lama menunggu anda.
4. Ujian air kencing, anda dikehendaki masuk ke tandas yang telah disediakan. Kat situ, dah ada orang menunggu untuk menyuruh anda mengambil 'bekas urin' bersama penutupnya skali. Pastu, sila la ke tandas untuk mengumpul urin anda. (Aku nasihatkan, bawak lah tisu tandas sendiri. Sebab, dalam tandas tu takde disediakan tisu tersebut.)5. Setelah selesai mengumpul urin anda, sila lah ke kaunter dimana ada org yang suruh anda mengambil 'bekas urin' itu tadi. Ujian akan dijalankan serta merta dengan menggunakan kertas litmus. Keputusan akan direkodkan di dalam kertas putih yang dibawa oleh anda tadi. Selepas itu tunggu no. giliran anda dipanggil. (disini, perlu diingatkan... no. giliran anda adalah sangat penting. Jangan sesekali terlupa ya!)
6. Bab nak menunggu bilik no.11 memang menguji kesabaran anda. Bilik no.11 adalah bilik scan dimana ultrasaound dijalankan oleh beberapa kakitangan hospital tersebut. Rasa² aku la, ada 4 scanner. So, anda kena menunggu agak lama di sini. Ini disebabkan orang sakit puan pun guna bilik ini. Maka, memang jenuh la menunggu :) harap bersabar ya puan².7. Bila no. giliran anda dipanggil, sila lah masuk... (yang bestnya tu, cik somi pun buleh masuk skali. Yerlah kan, masing² excited nak tengok 'benih' yang tersemai itu... hihihihi...)
8. Lepas scan, dalam 15 minit gitu... semua maklumat direkodkan dan anda perlu keluar dan tunggu kat bilik No.3 plak. Time ni la nak jumpak doktor. Nak tanya apa² ke, nak mintak MC ke, semuanya buleh. (Dalam kes aku, aku terpaksa mintak MC coz, masa dah terlalu lewat utk aku masuk ke opis. Bos kata, mesti masuk opis sebelum kul 1. Kalau tak, terpaksalah E.L. huhuhu. Akibat dah takde cuti, aku terpaksa amik MC.) Kebanyakkan doc kat spital sini, baik² belaka. So, janganlah anda takut pulak yer...9. Keluar je dari bilik No.3, segeralah ke kaunter pembayaran lagik yer... kena bayar lagik RM10.00. Pastu, ke kaunter 5 untuk ambil tarikh temujanji yang berikutnya. Pastu, boleh la balik dengan senang hati :)
10. Untuk kes baru, lepas dapat tarikh temujanji tu kan, anda dikehendaki ke Makmal 4... huhuhu, kena amik darah you!!! Kakitangan kat situ takde nyer nak senyum². Hahaha... serahkan lengan anda tu... sekejap je, diorang dah dapat darah anda (adela dalam 3 bekas. Masa diorang keluarkan jarum, jangan la plak tengok... kang ngeri kang... tapi, takde sakit pun. Jangan risau. Pakcik yang cucuk tu pun very expert lor... sehingga anda takkan sedar, prosedur amik darah, teramatlah cepat dan tak sakit).
dan................ boleh la anda balik dengan lengan berplaster :))
1 rakyat jelata bagi komen:
:)
Post a Comment